Tuesday, July 27, 2010

Selamat Datang


antara lagu-lagu puisi :
• 1wasilah • kawan • helah manusia • randai bersama radziyah •
• ratna sari • perang musuh bisik • dongeng tok chai tu • salam • rebah di gaza •


“Pelancaran Projek 1Wasilah” merupakan anjuran bersama Majmak Budaya dan Warisan Jawi, Ponpakya Enterprise dan Restoran Semenanjung. Program ‘1wasilah’ merupakan sebuah projek menerbitkan Album Muzikal dendangan lagu ciptaan anak-anak muda yang mempunyai bakat dalam bidang seni muzik, lagu dan puisi. Usaha mencari dan menghimpunkan mereka seterusnya untuk memberi galakkan agar berkarya lagu-lagu bertemakan semangat juang dalam membina sebuah negara yang merdeka.


Keutamaan ‘1wasilah’ adalah pada lagu dan irama yang mempunyai senikata yang cukup bermakna tanpa memperhebatkan para penyanyinya. Hasil karya diberikan keutamaan yang mengandungi kisah semangat ketuanan Melayu, usaha untuk maju, sejarah perjuangan, cinta kemurnian dan sebagainya. Mereka ini telah dikumpulkan untuk menghasilkan karya lagu sendiri yang bertemakan perjalanan hidup anak-anak Melayu yang seharusnya beradab, berbudaya, cintakan Tanah air dan Agama.


Program ini diadakan sebagai usaha awal dalam mengumpul tenaga, dana dan sokongan untuk menghasilkan Album ‘1wasilah’. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan anak muda masa kini kurang menggemari muzik atau pun hasil karya bersifat semangat apatah lagi menghasilkan karya sedemikian. Justeru, usahasama pihak Majmak Budaya & Warisan Jawi, Ponpakya Enterprise dan juga Restoran Semenanjung sebagai langkah permulaan yang baik dalam mengajak orang ramai untuk mendekati dan menghayati muzik dan juga hasil karya sebegini. Malam Pelancaran Projek ‘1wasilah’ akan diadakan sebagai langkah pertama mempersembahkan beberapa lagu ciptaan mereka. Semua lagu-lagu ini akan dipilih nanti untuk dirakamkan ke dalam album ‘1wasilah’ di masa akan datang.


Pada malam ini juga pembacaan puisi bertemakan perjuangan turut berkumandang di Restoran Semenanjung, no. 2, Lintang Tamarind, Taman Selatan, Klang, Selangor



selamat datang

mendengar lagu-lagu perjuangan

sambil makam minum dengan berbelanja sebagai sumbangan ke

PROJEK ‘1wasilah’


Mohd Fauzi bin Sarman / Pengurus Program / Tel : 012-916 8529


Thursday, July 8, 2010

1cerita : dendangan secara unplugged

Kali pertamanya anak-anak buah '1wasilah' akan bertemu di Restoran Semenanjung, Klang untuk bersama-sama mendendangkan lagu-lagu ciptaan mereka secara unplugged dan diselangselikan dengan pembacaan puisi. Program malam ini akan diserikan dengan ucaptama dari raja ahmad aminullah, seorang penjuang seni tanah air. Marilah kita turut memberi sokongan dalam menjayakan projek album '1wasilah' agar kita bersemangat kukuh memperkasakan Agama, Bangsa dan Tanah Air melalui muzik. Mari kita berhimpun dengan jiwa perjuangan melalui seni di Restoran Semenanjung, pada 31hb Julai 2010, jam 8.30 malam.

laungan.. '1wasilah'...

[ Saat & Detik Persiapan ]















Thursday, July 1, 2010

pengenalan : balau

balau (nama samaran) : Muzik adalah seni, seni perlu dijiwai baru sampai kepada diri bila sampai pada diri barulah sampai pada setiap jiwa yang dirai.teringat “balau” sewaktu bersama “Rabbani crew” seketika dahulu, pesan arwah ustaz Asri Ibrahim (vokalis rabbani) katanya ;


“Walaupun kita ni orang muzik, walaupun muzik itu cenderung seseorang itu untuk melupai Allah s.w.t, tapi kita kene bawak muzik sampai semua mereka itu takut kepada Allah s.w.t, hati kene ikhlas kene jujur jadikan ini adalah sebagai medium “dakwah”, bila dakwah jelas,hati dan niat ikhlas dia akan jadi “ibadah’,”


bagi balau jangan sampai lalai atau leka, bila lalai dan leka syaitan pasti bersama dan kerana itulah muzik menjadi haram fungsinya.Terpulang la pada kita bagaimana nak “digayakan” seni itu, pilih la sendiri kekiri atau kekanan janganlah diubah sesuatu yang telah sempurna sifatnya pasti cacat jadinya. Jiwa. Manusia adalah makluk yang dibekalkan oleh Allah SWT dengan perasaan, tabiat dan kecenderungan semulajadi yang sudah menjadi fitrah kejadian manusia.. Jiwa dan perasaan manusia perlu disahut kehendak kehendaknya sebagaimana manusia memberikan hak-hak tertentu kepada akal dan tubuh badannya. Apabila jiwa dan batin ditekan atau tidak disahut kecenderungannya, ia akan cepat memberontak menyebabkan kehidupan tidak tenteram.


Anda kenal “steve thornton” atau nama islamnya hassan thornton,percussionist yang terkenal dipersadanya, pernah menyumbang bunyi didalam album "carlos santana” dan ramai lagi artis antarabangsa mendapatkan khidmat beliau, kumpulan nasyid Raihan juga tidak ketinggalan, dan akhirnya beliau telah memeluk islam dan berkahwin dengan rakyat negara ini, cerita beliau kepada balau salah satu faktornya adalah kerana muzik, wahhh…besar juga peranan muzik ini didalam kerja dakwah ni.


So, "1 wasilah" kene fikirkan darimana nak kemana dan bagaimana…..


“ Seni itu yang dicipta, bakat itu kurnia, satukan keduanya pasti takan berduka “ - BALAU