Sunday, February 6, 2011

Randai Bersama Radziyah


Lagu : Randai Bersama Radziyah

Verse 1 :
Kau bagaikan sebutir permata,
Tersimpan dicelahan kaca,
Tak mungkin hilang,
Tak mungkin hancur,
Kerna setia cintamu yang suci,

Tenangnya laut seluas pandangan,
Jasa mu tulus penuh kesabaran,
Amanah dijaga,
Tak mungkin kau lupa,
Sejujur kasih pelita hatimu,

Chorus :
Keperitan yang kau rintihkan
Dengan taqwa tanpa tangisan
Kau ibarat seribu bulan bercahaya
Di samping perwira bangsa

Verse 2:
Lontaran Suaranya membiaskan hati
Kerutan wajahnya mengenalkan erti
Gerak tingkahnya melayar usia
Hembusan nafasnya membelaikan rasa

Yang mendengar sekadar halwa
Yang melihat tanpa mata
Yang pergi berbekas di kenang
Yang kasih tetap di sayang

Tuesday, August 10, 2010

Berita Harian : Projek '1wasilah'

"Projek 1wasilah :
mengangkat perjuangan sasterawan, budayawan"
- Berita Harian 10.8.2010, Selasa, m/s 22.


MALAM Pelancaran Projek 1Wasilah di Restoran Semenanjung, Taman Selatan, Klang, baru-baru ini, memberi penghormatan kepada sasterawan dan budayawan yang memperjuangkan kebenaran termasuk pengarang tanah air yang sudah lama meninggal dunia.

Acara apresiasi puisi anjuran Majmak Budaya dan Warisan Jawi, Restoran Semenanjung dan Ponpakya Enterprise itu, turut melancarkan projek rakaman album 1Wasilah yang bertujuan menyuntik semangat juang anak muda Melayu melalui seni muzik.



Thursday, August 5, 2010

'1wasilah' Meriah

berita '1wasilah' di Sinar Harian, 5hb Ogos 2010, m/s 24.

Monday, August 2, 2010

Remaja digalakkan cipta lagu puisi

berita '1wasilah' di Sinar Harian, 2hb Ogos 2010, m/s 20.

Sunday, August 1, 2010

'1wasilah' : langkah pertama

Tahniah! Tahniah dan Tahniah!!! Langkah pertama projek '1wasilah' berjaya dilaksanakan semalam 31hb Julai 2010 @ Semenanjung, majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YM Raja Ahmad Aminullah.

Persembahan yang cukup baik oleh semua peserta yang terdiri dari anak-anak muda yang menjadikan perjuangan memperkasakan Agama, Bangsa dan Tanah Air sebagai satu jalan utama dalam hidup mereka melalui lagu dan puisi dalam projek '1wasilah'. Tahniah sekali lagi! Syabas dan terima kasih! Turut ribuan terima kasih kita kepada rakan media dari Berita Harian dan Sinar Harian yang turut membuat liputan bersejarah ini.

10 lagu dipersembahkan diselang-selikan dengan bacaan puisi oleh perasmi, Pn Shamsul Kamariah, Mejar Anuar Ahmad dan Muhammad Zaki Zahari. Lagu pula dimulai dengan persembahan kumpulan nasyid 'alam ghaib' oleh pelajar sekolah menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan diikuti pula lagu 'Salam' hasil ciptaan isney & aery berlirikan puisi ciptaan YM Raja Ahmad. Lagu seterusnya dipersembahkan hasil ciptaan sendiri peserta ialah '1wasilah', 'Perang Musuh Bisik', 'Kawan', 'Sekebun Bunga', 'Ratna Sari', 'Randai bersama Radziyah' - khusus untuk Mak Tam seorang isteri pejuang bangsa, 'Helah Manusia' dan lagu penutup terai ialah sebuah lagu yang cukup menghiburkan semua hadirin iaitu 'Dongeng Tok Chai Tu'.


Para peserta yang terlibat membuat persembahan lagu & puisi di majlis Palancaran Projek '1wasilah'. Gambar perasmi, YM Raja Ahmad Aminullah besama mereka yang turut membuat persembahan terdiri dari kumpulan nasyid 'alam ghaib', Isney, Aery, Akmal Hakim, Gitar Tua, Balau, Daud Ismail, Shazana Rahayu (tidak dalam gambar).

Foto Album Malam Pelancaran!!!!
























Tuesday, July 27, 2010

Selamat Datang


antara lagu-lagu puisi :
• 1wasilah • kawan • helah manusia • randai bersama radziyah •
• ratna sari • perang musuh bisik • dongeng tok chai tu • salam • rebah di gaza •


“Pelancaran Projek 1Wasilah” merupakan anjuran bersama Majmak Budaya dan Warisan Jawi, Ponpakya Enterprise dan Restoran Semenanjung. Program ‘1wasilah’ merupakan sebuah projek menerbitkan Album Muzikal dendangan lagu ciptaan anak-anak muda yang mempunyai bakat dalam bidang seni muzik, lagu dan puisi. Usaha mencari dan menghimpunkan mereka seterusnya untuk memberi galakkan agar berkarya lagu-lagu bertemakan semangat juang dalam membina sebuah negara yang merdeka.


Keutamaan ‘1wasilah’ adalah pada lagu dan irama yang mempunyai senikata yang cukup bermakna tanpa memperhebatkan para penyanyinya. Hasil karya diberikan keutamaan yang mengandungi kisah semangat ketuanan Melayu, usaha untuk maju, sejarah perjuangan, cinta kemurnian dan sebagainya. Mereka ini telah dikumpulkan untuk menghasilkan karya lagu sendiri yang bertemakan perjalanan hidup anak-anak Melayu yang seharusnya beradab, berbudaya, cintakan Tanah air dan Agama.


Program ini diadakan sebagai usaha awal dalam mengumpul tenaga, dana dan sokongan untuk menghasilkan Album ‘1wasilah’. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan anak muda masa kini kurang menggemari muzik atau pun hasil karya bersifat semangat apatah lagi menghasilkan karya sedemikian. Justeru, usahasama pihak Majmak Budaya & Warisan Jawi, Ponpakya Enterprise dan juga Restoran Semenanjung sebagai langkah permulaan yang baik dalam mengajak orang ramai untuk mendekati dan menghayati muzik dan juga hasil karya sebegini. Malam Pelancaran Projek ‘1wasilah’ akan diadakan sebagai langkah pertama mempersembahkan beberapa lagu ciptaan mereka. Semua lagu-lagu ini akan dipilih nanti untuk dirakamkan ke dalam album ‘1wasilah’ di masa akan datang.


Pada malam ini juga pembacaan puisi bertemakan perjuangan turut berkumandang di Restoran Semenanjung, no. 2, Lintang Tamarind, Taman Selatan, Klang, Selangor



selamat datang

mendengar lagu-lagu perjuangan

sambil makam minum dengan berbelanja sebagai sumbangan ke

PROJEK ‘1wasilah’


Mohd Fauzi bin Sarman / Pengurus Program / Tel : 012-916 8529


Thursday, July 8, 2010

1cerita : dendangan secara unplugged

Kali pertamanya anak-anak buah '1wasilah' akan bertemu di Restoran Semenanjung, Klang untuk bersama-sama mendendangkan lagu-lagu ciptaan mereka secara unplugged dan diselangselikan dengan pembacaan puisi. Program malam ini akan diserikan dengan ucaptama dari raja ahmad aminullah, seorang penjuang seni tanah air. Marilah kita turut memberi sokongan dalam menjayakan projek album '1wasilah' agar kita bersemangat kukuh memperkasakan Agama, Bangsa dan Tanah Air melalui muzik. Mari kita berhimpun dengan jiwa perjuangan melalui seni di Restoran Semenanjung, pada 31hb Julai 2010, jam 8.30 malam.

laungan.. '1wasilah'...

[ Saat & Detik Persiapan ]