Tuesday, June 29, 2010

pengenalan : gitar tua

gitar tua (nama samaran) : Salam 1 wasilah dari GITAR TUA..masing-masing dah tafsirkan mengikut cara tersendiri apa itu muzik..fuhh..macam-macam tafsir yang gempak buat kan aku jugak terpanggil.. yang pasti bakat itu adalah kurniaan dan kelebihan yang diberi oleh yang Maha Pencipta..hidup beb..hidupkan bakat kita.."dah sampai masa dah..apa lagi korang tunggu..!!"(aku jerit ni..) Bagi aku?aku lebih suka untuk kongsi yang muzik kita ni di hujungnya kita nak bawa ke mana? nak tonjol apa?nak bawa apa?haa...aku pasti kita semua yang satu wasilah ni dah tau hala tuju dan niat asal muzik kita..teruskan brader-brader and semua yang mendokong.. percayalah kita semua "MUZIK YANG IKHLAS DATANG DARI JIWA DAN MASUK KE JIWA" muzik ni adalah BUNYI..dan keindahan bunyi adalah hak milik Siapa?..Pergghh..pandai korang jawab..pandai.. Yezzaa..itulah hala tuju kita ..yang ada semua pada bakat, pulangkan padaNYA..abiss cerita..ni yang kita sama-sama kena kerja ni..kerja..kerja..kerjalah dengan semua angkatan alatan muzik mu! Pwwwiiittt... Biasa la..lantak la orang nak kata apa pun bukan nak jadi kudis..bukan diorang nak ambik tau apa muzik kita nak cerita..ni la yang kita nak bagitau..bukak mata..seni tu bukan murah..tapi tak ternilai..Genre muzik?bukan soalnya..soalnya nak sampai apa...itu je.. Gitar tua kata , "1 wasilah sudah mari..tunggu..tunggu..Dengar, rasa lah sendirik.." Orait..Gitar Tua mintak izin tangguhkan kalam ni di sini..Lepas ni kita sama-sama perah.. perah..idea dan jangan lupa mintak kat DIA..Muzik itu jujur..ceritalah saja apa yang korang nak cerita..Steady 1 wasilah..steady..

Thursday, June 24, 2010

pengenalan : shazana rahayu

shazana rahayu : music are memories, written in rhythm.
kadangkala kita perlu lari dari realiti, but most of the time we just dont know where to go.
kadangkala, kita cuma mahukan seseorang memahami perasaan yg sedang kita alami, but most of the time, there's no one there.
jika muzik itu a "being", than i would say dat it's a companion without a face, tapi expresive, bukan judmental.

pengenalan : akmal hakim

akmal hakim : Apa yang anda rasa kalau dunia ini tanpa muzik? Memang dah jadi rutin harian, setiap hari kita akan mendengar lagu tak kira hari tu ada kelas, bercuti atau berkerja, sebab ia adalah cara terbaik untuk menyegarkan minda. Kalau tak ada muzik, bagaimana kita nak menunjukkan semangat patriotik bila lagu negaraku dimainkan, samalah juga dengan tiupan lilin semasa hari jadi yang tanpa lagu dan sunyi sepi. bayangkan? Ia kosong dan membosankan. Bagi saya muzik adalah seni dan daripada seni terlahirlah individu yang berbudaya, berjiwa kreatif, inovatif, inventif, dan mempunyai jati diri yang tinggi. Disamping itu muzik yang berseni membantu pembentukan insan yang lebih cemerlang dan bersifat holistic. Banyak kelebihan muzik kalau anda pandai menguruskan ia. Jadi, apa tunggu lagi? kita dah diberikan kesempatan dan ambilah peluang ini untuk belajar apa itu muzik dan bersyukurlah sebab kita masih mendengar dan diberikan peluang untuk merasai apa itu musik dan rahsia disebaliknya.

Monday, June 21, 2010

pengenalan : isney

isney : bagi aku muzik adalah satu seni untuk jiwa dan perlu ada satu nafas yang baru untuk melaraskan erti melodi dan lagu. Perlu juga ada minat yang tersendiri untuk kita terus berjalan di dalam dunia seni. Aku telah bergiat dalam bidang muzik sejak dari kecil atas dasar minat dan ingin tahu lebih mendalam lagi tentang muzik dan lagu-lagu. Banyak lagu yang telah aku hasilkan, lagu-lagu yang dihasilkan bersesuaian untuk diperdendangkan kepada semua golongan anak muda pada generasi baru ini. Aku juga inginkan lagu-lagu yang bakal kami keluarkan akan setanding dengan lagu-lagu yang sedia ada di dunia muzik ini. Dalam lagu perlulah ada mesej yang ingin kita sampaikan dan kerana lagu juga kita boleh lihat betapa pentingnya lirik-lirik lagu yang perlu diselitkan dalam lagu tersebut. Semangat aku serta rakan-rakan seperjuangan tidak akan pudar dalam memperjuangkan serta membangkitkan semangat golongan anak-anak muda dan generasi yang akan datang...

pengenalan : aery

aery a.k.a. uncle : Tiada terlintas di hati atau fikiran untuk mengejar glamor serta populariti, hanyalah sekadar untuk bersuka-suka sahaja. Minat saya terhadap muzik telah wujud sejak kecil dan mula bermain peralatan muzik pada umur 11 tahun. Bagi saya, muzik adalah sesuatu benda atau kejadian yang boleh membuat jiwa serta emosi kita terusik. Muzik atau lagu ini mampu menyimpan kenangan atau memori tak kira dalam keadaan sedih, suka, atau apa pun jua keadaannya. Dalam awal tahun 2007, saya bersama sahabat karib saya iaitu Isney a.k.a J-Bond telah membuat sepakat untuk menubuhkan sebuah band muzik dan telah diberi nama 'CoffeeCandy'.
Namun dalam masa yang sama, kami mempunyai sedikit masalah untuk bergerak keluar kerana band kami masih belum mempunyai 'line up' yang cukup. Setelah hampir setahun band kami ditubuhkan tanpa 'line up' yang tetap, akhirnya pada awal tahun 2008 kami telah bertemu dengan beberapa rakan baru yang mempunyai minat yang sama dengan kami. Namun setelah hampir 2 tahun kami bersama dalam menghidupkan band ini, 2 orang rakan kami tadi telah menarik diri dari band ini atas sebab-sebab tertentu.
Walaupun begitu, saya dan sahabat karib saya J-Bond tetap dengan semangat yang asal dan tetap meneruskan perjuangan kami untuk bersama menghidupkan kumpulan band ini untuk memartabatkan muzik tanah air (Malaysia) kami sendiri. Kami berdua berharap dapat memperdengarkan lagu-lagu ciptaan kami sendiri ini di mana-mana siaran radio, ianya adalah bertujuan untuk meluahkan isi hati kami dan juga ada terselit sedikit sebanyak makna atau mesej yang ingin kami sampaikan menerusi lagu-lagu kami kepada semua. Kebanyakkan lagu-lagu kami mempunyai makna yang tersirat dan tersurat. Ini adalah bertujuan untuk mendidik serta melatih anak-anak muda untuk berfikiran luas dan terbuka. Bagi saya, berfikir mampu mencerdaskan otak kita. Oleh itu, muzik bukanlah satu hiburan semata-mata. Dengan muzik , kita juga boleh mendidik masyarakat umum amnya. .
Contohnya seperti kumpulan Raihan, Rabbani, Hijazz, Dato’ S.M Salim dan lain-lain lagi. Mereka berdakwah dan juga mendidik masyarakat melalui aliran muzik. Oleh yang demikian, janganlah kita menganggap muzik ini adalah sebuah alat perosak rohani manusia semata - mata.
Sekian, ini sajalah ulasan yang mampu saya berikan pada masa kini. Insyaallah jika diizinkanNya saya akan mengulas lagi sedikit sebanyak mengenai diri saya dan juga tujuan serta asal-usul band CoffeeCandy ini di masa akan datang. Perjuangan tetap akan diteruskan, Wassalam . . .

Sunday, June 20, 2010

pengenalan : coffeecandy

'coffeecandy' di 'battle of the Bands' pada 06.06.2010
di Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor

'coffeecandy' telah ditubuhkan pada tahun 2007, dianggotai hanya oleh dua orang anak muda iaitu 'zahari' @ 'aery' atau lebih dikenali sebagai 'uncle' dikalangan rakan-rakan sebayanya selaku pemain bass guitar. 'isney' @ 'j-bond' pula sebagai vokalis dan juga pemain lead guitar.
'coffeecandy' sering dibantu oleh rakan-rakan musik lain yang silih berganti dari masa ke semasa dalam membuat persembahan.
'coffeecandy' telah menghasilkan pelbagai lagu dan diantaranya ialah
helah si manusia, jiwa serigala, menjauh dan banyak lagi lagu-lagu yang masih tersimpan rapi....